Jumaat, 7 Januari 2011

MASIH BERDARAH LUKA SEMALAM


MASIH BERDARAH LUKA SEMALAM

Sejenak,
Daku Teringat Kisah Silam…
Yang Sungguh Menyentap Kalbu...
Dahulu Sayang Seribu Rindu...
Kini Pilu Sejuta Sendu...

Masih Terasa...
Pedihnya Luka Yang Disimbah Perpisahan,
Sedihnya Hati Yang Ditusuk Percintaan,
Akhirnya Terlerai Di Pusara Kehancuran,
Namun Terpaksa Ku Lepaskan Jua,
Sebuah Kasih Yang Pernah Tercipta,

Denai-denai Luka Masih Berdarah,
Dek Kerana Jalannya Berkaca,
Tak Mampuku Berjalan,
Tak Bisaku Meredah,
Sehinggaku Rebah,

Masih Berdarah Luka Semalam,
Menjadi Jejak Sebuah Ceritera,
Masih Berbekas Duka Nan Lara,
Seribu Kisah Sejuta Kata,
Menjadi Teman Yang Setia,
Takdir Ilahi Menentukan Segalanya,
Jodoh Pertemuan Milik-Nya Jua...

Biarlah,
Usah Diratapi Perpisahan Melanda,
Usah Disesali Sekian Lama,
Biar Berlalu Tanpa Suara...

Ayuh,
Bangunlah Dari Terus Meratap,
Hilangkan Resah Hapuskan Gelisah,
Moga Cita Terlukis Mekar,
Di Dinding Kasih Cinta Terlakar...

Jadikan Memoir Kenangan,
MASIH BERDARAH LUKA SEMALAM.

Nukilan Khas,
NicenizaR

Tiada ulasan: