Selasa, 23 September 2008

Dedikasi khas buat Nai...

Dalam derita, aku bicara
Dalam duka, aku menyapa
Dalam gembira, aku ketawa
Dalam lara, aku terseksa

Aku mengerti dalam cinta
Aku fahami dalam makna
Aku sedari dalam hampa
Aku bersaksi dalam cerita

Kerana CINTA tak pernah hilang
kerana makna tak pernah padam
Kerana hampa itu ketentuan
Kerana saksi itu perjanjian

Derita itu ujian
Duka itu kekuatan
Gembira itu keriangan
Lara itu kesengsaraan

Namun ujian tak pernah hilang
Kerna itu sebagai cubaan
Walau gugur seribu bintang
Teguh berdiri menjunjung awan

Suatu hari pasti menjelma
Tidak berkata tiada bicara
Hanya amalan mampu bersuara
Di hadapan Tuhan Yang Maha Esa...

NicenizaR...

Isnin, 15 September 2008

Damai Abadi

salam...khamis lalu sejenak hatiku sebak dan pilu kerna nenek kesayanganku telah kembali kerahmatullah pada tepat jam 5.00 pagi...aku mendapat tahu berita nenek ku dalam keadaan tenat pada hari rabu...sewaktu itu aku sedang menghadiri mesyuarat tentang program hari kerjaya dan bengkel pengujian psikologi dalam kaunseling...tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari mak aku menyatakan nenek ku tenat...sedih rasanya...apa-apa pun semoga roh nenekku berada dalam keadaan aman dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh...amin...

Rabu, 3 September 2008

Semalam Hari ini ku...

Assalamualaikum...hari ini adalah hari ketiga umat islam berpuasa dan malam keempat terawih di Masjid, di surau dan di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...kadang-kadang terlupa jugak hari ni hari rabu...em,biasalah busylah katakan...pada hari khamis lepas saya pulang ke JB kerana nak berbuka puasa bersama-sama keluarga...berita yang kurang menggembirakan iaitu nenek saya sakit dan terpaksa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah...Hospital Besar Muar...so, puasa pertama aku berbuka di hospital...ish3,best tau buka kat hospital...tak percaya cubalah sendiri...oklah berjumpa di lain masa dan waktu tapi di tempat yang sama..."NicenizaR"
"Perit jerih yang membakar diriku,
susah dan payah bertandang bertalu,
demi memilikimu suatu pengorbanan
pada apa yang aku termampu...
ku pasrah ini anugerah ilahi,
menguji ketabahan lara jiwa,
tak putusku berdoa demi masa depanku
tidak mungkin aku akan berpaling...
di sini ku petik kerdipan harapan,
kini jadi api sinaran mentari,
semoga cahyanya menjadi naungan
seribu tahun lagi...."
Jumpa Lagi...