Isnin, 27 April 2009

Lirik Lagu Hanya Takdir (Album Terbaru)

Hanya Takdir

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Berbunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik

Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Lagu: Shamir Supaat & Azman Kasim
Lirik: Habsah Hassan

Tiada ulasan: