Rabu, 2 Jun 2010

Selamat ULANG Tahun Nizar!!!

Salam...diam tak diam dah 23 tahun aku menumpang di bumi Allah ini...banyak dah aku pelajari, dan masih banyak lagi yang perlu ku cari dan ku terokai...usia semakin bertambah, masa semakin dekat dengan penamatnya...Apa-apa pun, moga kakiku masih kuat berjalan dengan izinNya, mataku bisa melihat dengan izinNya dan hatiku tetap tenang disisiNya...Ya Allah, semperna dengan Ulang Tahun ku ini, KAU perkenankanlah segala cita-citaku...KAU mudahkanlah segala urusan ku....aku hanya ada diriMu...teguhkan diriku ini Wahai Tuhan Yang MAHA HEBAT!!!semua yang aku pinjam dariMu, KAU redhailah...AKU HANYA ADA ENGKAU, WAHAI TUHAN SEMESTA ALAM....





Isnin, 31 Mei 2010

Merentas masa Seiring USIA!!!

Hampir...ianya semakin hampir....syukur padaMu Ya Allah...aku masih bernafas keranaMu...


Khamis, 27 Mei 2010

Inilah LUMRAHNYA>>>>>

Salam sayang dan rindu....Lagi beberapa jam sahaja, maka kakiku akan melangkah pergi ke Satu Tempat Yang Baru...Alam yang akan mengubah segala fantasi yang dahulunya ku rasa sebuah hidup yang penuh dengan dugaan...Namun, kini ku akan menyelusuri hakikat yang indah ini kerana ku bakal menjadi seorang yang TERHEBAT!!!

Bersama tekad dan azam...
Melangkah kaki meninggal pergi...
Tinggallah teman dan rakan...
Mohon daku mengundur diri...
Ketika saat bersama...
Kita tawa bergurau senda...
Kini tiba saat berpisah...
Pilu hati merasa gundah...
Kini kau dalam kenangan...
Yang tak dapat aku lupakan...
Semusim telah berlalu...
Hanya doa mengiring restu...
"Semakin ku mengerti...semakin ku fahami...semakin ku sedari dan semakin ku halusi diri ini..."



Kronologi AKHIR!!!

Salam...hari ini, 27 Mei 2010...bersamaan dengan hari KHAMIS...genaplah hari terakhir menjalani LATIHAN INDUSTRI PRATIKUM (LIP). Aku harapkan semoga apa yang dilalui olehku di Pusat Kaunseling MAINS, Tampin bakal menjadi titik tolak untuk aku terus berkarya di bumi akhir usia ini...Semoga apa yang ku jalani selama ini mendapat rahmat dan keberkatan dari ilahi...DIA yang mengetahui siapa aku, DIA yang mencipta TAKDIR ku....segalanya ku serahkan padaNya yang lebih mengerti diriku..."DariNya kita datang, KepadaNya kita kembali..." Yang Baik tetap unggul, yang buruk tidak mungkin sunggul....moga apa yang ku nukilkan hari ini akan memberi sedikit sebanyak rencah kehidupan yang amat panjang di USIA yang SEMAKIN DEKAT dengan Akhirnya....


"Usia semakin dekat dengan penghujungnya!!!!SELAMAT PENDEK UMUR...."

Rabu, 26 Mei 2010

Kembali Bertinta...

Salam...kembali bertinta...semakin hampir usia ini dengan masa, semakin ku mengerti kata yang bermakna...merentas usia menanti cinta...melakar rahsia menghampar gembira...seandainya terusai kata-kata yang berbisa...itulah dia penggoda rasa....


Semalam aku mencari cinta, mungkin hari ini ku temu duka...esok aku menanti kata, mungkin juga ku temui pasrah...namun, ku teruskan cita-cita demi mengejar cinta yang x pernah hampa....

Ceritera Hari INI...

Salam...diharapkan agar semua sahabat sihat-sihat belaka...em, tinggal satu hari sahaja aku akan menghabiskan jejak-jejakku di Pusat Kaunseling MAINS, Tampin sebelum aku bertebaran ke kancah alam pekerjaan yang aku tidak ketahui betapa hebatnya ujian dan cubaan setelah bergelar seorang Mahasiswa USIM. Hari ini, seronok, gembira, hiba, sedih dan banyak lagi permainan emosi yang aku rasai menjelang tarikh yang ku nanti-nantikan...nak tahu apa tarikh itu????em, sebentar nanti akan ku ceritakan di halaman yang terbaru...TUNGGU!!!salam sayang dariku...{Sang Penyair}...


"Menanti hadirnya hari itu, bagaikan terasa seribu batu...andai tidak kesampaian menemuinya..ku harap semoga diriku dirahmatiNya...AMIN..."

Selasa, 25 Mei 2010

-PUISIKU-

Azimat Guru

Kenangan semalam masih berlegar,
Pada bingkai cermin persekolahan,
Dahulu azimatnya sungguh tegar,
Kini namanya menjadi ingatan,

Katanya,
Aku mampu berjaya,
Katanya,
Aku akan ke menara,
Katanya lagi,
Aku bisa mencipta nama,
Katanya juga,
Aku tidak pernah putus asa…

Benar,
Aku telah berjaya,
Sungguh,
Aku sudah ke menara,
Kini,
Impianku telah tercipta,
Dan sesungguhnya,
Cita-citaku sudah di gerbang persada…

Ku coretkan kata:
Kalimahmu tersendiri,
Azimatmu tersemat rapi,
Jasamu tidak bertepi,
Sabarmu sungguh beerti,

Guru,
Itulah dirimu,
Begitulah tugasmu,
Inilah azimatmu,
Menjadi sanjungan berjuta manusia,
Dari dahulu engkau hulurkan tanganmu membantu…

Oh Guru,
Lafazku hanya satu,
Terima kasih segala pengorbananmu,
Azimatmu selamanya di lubuk hatiku,
Doaku agar dirimu tahu,
Takkan padam nilai cintaku,
Kerana engkaulah guruku…

Sehingga kini,
Aku masih berdiri di atas azimatmu…

NicenizaR
11.55 Mlm, 10 April 2010


Terima kasih guru, kerna hulur tanganmu...ku menghargai seluruh jiwamu...akan ku ingat selalu...menjadi azimat hingga ke akhirnya...TERIMA KASIH GURU>>>>

Sang Penyair...

Salam...hari ini hari selasa dan tinggal dua hari sahaja untuk ku berkhidmat di Pusat Kaunseling MAINS, Tampin...seronok dan tidak dapat digambarkan sebenarnya perasaan ini..berat rasa kaki hendak melangkah pergi...namun, itulah takdirNya dan kita hanya mampu mentadbir...segalanya dari Yang Maha Mengetahui...moga apa yang aku pelajari di sini akan ku gunakan untuk berbakti kepada masyarakat...di sini mungkin ku sendiri tetapi di sana ku pasti bertemuNya yang senantiasa menyayangiku dari sejak azali...Oh Tuhan, ku syukuri pemberianmu...kaulah yang menjadikanku dan kau yang meletakkan cinta dihatiku...kuatkanlah cintaku pada cintanya berteraskan CINTAMU...moga ku dapat memilikinya dengan izinMU...Engkaulah Yang Maha Mengetahui...Aku hanya mampu berserah...aku pasrah dan sering gelisah jika cintaMu tiada dalam hatiku...Namun ku yakin, KAU ADA DI DALAM HATIKU...THANK YOU ALLAH...


Semalam aku dengar sebuah lagu dari kumpulan mirwana...sedih, hiba dan sendu..."andaiku pergi"...ku tetap mencintainya selamanya...AMIN

Rabu, 5 Mei 2010

-PUISIKU- "Hatiku MilikNya"

Hatiku milikNya

Jemari kemas menggengam pena,
Melakar karya cinta padaNya,
Fikiran lemas tipuan buana,
Inilah puisi hatiku milikNya,

Hati tunduk mengabdikan diri,
Jiwa teguh ujian ilahi,
Tarbiah nafsu didik peribadi,
Insan soleh tetamu syurgawi,

Mata melirik semesta duniawi,
Telinga mendengar zikir yang suci,
Akal mentafsir yang tersurat,
Naluri menyingkap yang tersirat,

Susuri jalan yang satu,
Redahi ujian dalam rahmatNya,
Semakin berpadu cahaya kasihNya,
Benarlah kini, hatiku milikNya,


Mencari cinta ku temui noktah,
Mencari rindu ku temui sendu,
Mencari kasih ku temui sedih,
Mencari gembira ku temui lara,

Kian tercipta denai cinta,
Bisa terlukis hamparan rindu,
Moga terlakar gelombang kasih,
Agar terpahat lukisan gembira,

Pena ini terus bertinta,
Menanti ilham menukil kata,
Hatiku ini tetap milikNya,
Dari azali hingga akhir nyawa…


NicenizaR,
11.58pm, 10 April 2010.

Khamis, 18 Februari 2010

Hutang

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.
Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?."
Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"
Anak : "2 kilo pakcik"
Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."
Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."

Pelihara 7 Sunnah Rasulullah s.a.w

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Enam Pertanyaan IMAM GHAZALI

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?



Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.


KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Rabu, 17 Februari 2010

Bicara Tentang Cinta


"Selagi masih...aku terdaya menuturkan kata-kata kan ku bicarakan yang sesungguhnya di hati ini dikau saja yang bertahta di jiwa insan yang ku kasihi...Dikau yang ku sayangi..."

"Setiap kali aku bangun dari tidurku, aku rasa sungguh bernafas...setiap detik nafasku lalui dengan penuh rasa rindu...entahlah, tak tahu kenapa...cintaku padanya begitu dalam...sehingga tiada satu pun melodi cinta yang setanding dengannya...dan yang akan ku temui nanti adalah cerita cintaku..."Khas untukmu sayang....^_^

Khamis, 11 Februari 2010

Seribu Rahsia Yang Menanti

Demi Kasih...
Sayang Sedia menanti...
Demi Persahabatan...
Korban sedia temani...
Demi Cinta...
Nyawa menjadi Taruhan...
Demi Sesungguhnya....
Setia itu pengubat lara...
Jika melakar sebuah kenangan...
Ukirkan seindah-indahnya...
Moga menjadi memori yang bersinar...
Takkan padam segalanya...
kerna ia masih menanti di sana...

NicenizaR

RAHSIA SOLAT

Hasil kajian mendapati, solat boleh merawat penyakit kronik.

Kajian dibuat oleh Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya.

Kajian yang dibuat mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

• Menurut Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

• Kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

• Aktiviti senaman dan regangan dapat memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh, solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.



Menurut Encik Ng Siew Chok, hasil kajian yang dilakukannya mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

Keadaan berdiri seketika selepas ruku’ (tomakninah sebelum sujud) sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat.

Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


• Menurut Dr Fatimah Ibrahim, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

• Untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

• Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

• Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

• Kajian mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

• Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negative.

• Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

• Selian itu posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

• Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.

• Paling menarik, menurut hasil kajian, solat juga boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk.

• Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

• Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal

• Terapi yang boleh dilakukan untuk orang yang mati pucuk, adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.

• Hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung

• Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah paling bagus.

• Kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Rabu, 13 Januari 2010

Tinta Hari ini...


Salam...
Apa khabar semua...
Hari ini kat MAINS seronok sangat...

"Sayu...terpisah...hikayat indah kini hanya tinggal sejarah"

Salam Dari Pusat Kaunseling MAINS, Tampin


Salam...tinta dari penulis....tengah dok pratikal kat Pusat Kauseling MAINS, Tampin...

Aku Rindu Sayang Kamu
"Bestnyer Pratikal"

Selasa, 12 Januari 2010

Sajak : Dadah Durjana

Dadah

Tika dulu kau bagai penawar

Mengukir sejarah di bidang perubatan

Penyelamat nyawa tika kesakitan

Namun kini

Martabatmu begitu hina

Hadirmu bak najis semata

Kau hanyalah pemusnah

Generasi dunia

Dadah

Kau umpama racun yang mengalir

Dalam pembuluh darah

Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang

Perit..

Pedih..

Dadah

Kau durjana

Hadirmu membawa derita

Khayalan sementara cuma

Imaginasi dusta di bumi nyata

Membawa kesedihan

Mengundang derita sengsara

Dan mengusung

Kematian..

Nurkilan bersama..Md. Rz & Adik-Beradik..07.

Salam silam


Buat Teman2


Bak air yang mengalir.Tiba jua kiranya di muara waktu,Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!Berdiri melihat denai-denai kenangan,Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,Barangkali terdengar nanti,Suara bisikan melankolia,Ucap salam mereka,Tegur sapa, senyum tawa, rakan, sahabat, kekasih seperjuangan.Tiba waktunya untuk menyusun jemari, Membuang segala kerikil bersalut di hati, yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,yang lebih dibahagi,yang kurang dilengkapi,Agar saat perpisahan ini indah,Terlerai segala durja gundah,Tersirna cebisan amarah,Terurai segala yang bercanggah.Bak air yang mengalir,Tiba juga kiranya di muara waktu,Pasti tersisa kenangan yang terindah,Berhias luka tidak berdarah,Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,Kerana sekali dipanggil tamu,selamanya pun bergelar tamu hati.

Selamat tinggal suara-suara ceria,Padang perhimpunan kenangan,Bilik kuliah dan rakan keletah,Pejabat tugas dan rakan sejawatan, bangunan gah dan timbunan kertas,Ruang saran tempat mesra terjalin.Selamat tinggal seribu kerenah,Datang dan pergi pelbagai wajah,Bercampur gembira bersisip gundah,Bergema didikan beralas madah,Selamat tinggal sebuah tempat bernama Universiti!Selamat datang dunia baru, Segalanya hanya kesementaraan,Melengkapi perjalanan,Sebuah kehidupan!Bak air yang mengalir,Tiba juga kiranya di muara waktu,Di sini kita pasti merindu,hakikat seorang individu,Insan Bergelar rakan, sahabat, kekasih perjuangan.Jelinglah diri ini jika rindu masih bertamu,Sapalah diri ini andai mesra akrab berpadu!Senyumlah seindah suria,Setelah mencurahkan segala-galanya,Pasti beroleh keredaan-Nya.Bak air yang mengalir,Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!
Terima kasih buat segalanya.