Jumaat, 30 Oktober 2009

Salam

Salam...lama rasanya tak update blog ni...hehehe....sory ek...busylah...nak exam, nak wat tesis...hahaha....oooopssss,lupa pulak....semua sihat ka???saya kat USIM sekarang....

Sabtu, 3 Oktober 2009

Satu Keluarga

Salam...waktu ni raya tahun 2009...kat MUAR ni..."Ikhlaskan hati mohon kemaafan leburlah dosa di tapak tangan lupakan segala silap dan salah...insan bersatu membina ummah..."

Khamis, 1 Oktober 2009

Untukmu KASIH...


"Diriku mengembara mencari sebuah cinta, namun dirimu tetap ku ingati...diriku berlari mengejar permata, namun dirimu tetap di hati...diriku mencari segengam cita, namun dirimu tetap ku sayangi..."

Ahad, 30 Ogos 2009

Wajah Rahsia Hati

Wajah Rahsia Hati
Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati

Senyumlah...

Senyum...
Andaiku gembira.
Senyum...
Andaiku ceria.
Senyum...
Sejuta rasa.
Lahir dari sebuah cinta...
Tersemat dari sekelumit jasa...
Terpahat di jiwa raga...
Lakaran senyuman kini terukir...
Sejuta manisan dan perjuangan...
Dalam meniti arus kehidupan...
Tak pernah hilang dari genggaman...
Senyumlah...
Kerna ia bisa menyembuh,
Kerna ia bisa tumbuh,
Di hati insan yang bernama kekasih...

Khamis, 27 Ogos 2009

Untukmu


Inilah Petanda Dekatnya Dunia

"Nuraniku...Mulai menangis kerana tak diperlukan lagi....Tinggalkan kebenaran...agungkan kesombongan...Inikah petanda darimu Tuhan?"

Bicara Ramadhan

Ramadhan...
Seindah namanya...
Sesuci sifatnya...
Seteguh kasihnya...
Itulah anugerah dariNya...
Jika kita memeliharanya...
Jika kita menjaganya...
Pasti rahmatNya kan tiba...
Dalam solat doa dipanjat...
Agar hidup dalam berkat...
Moga Ramadhan akan datang...
Memberi sejuta pembisikan rindu yang di cita...

Warisan



Di sini....
Lahirnya sebuah cinta...
Yang Murni abadi sejati...
Di sini...
Tersemai cita-cita...
Bercambah menjadi warisan...
NicenizaR 09

Khamis, 9 Julai 2009

Puisiku...

KESETIAANMU KASIH

Kasih…
Denai-denai memori tercipta,
Menyatukan hati dua jiwa,
Pepohon cinta kini mekar,
Teguh berdiri di rumpun rindu,

Kasih…
Setiamu tidak bertepi,
Baktimu tidak ternilai,
Kau curahkan kesetiaan,
Kau serahkan kejujuran,
Dalam sebuah percintaan…

Ku hargai,
Ku sanjungi,
Segalanya darimu…
Terima kasih kerana sudi menyayangi diri ini…

Setiamu kasih…
Umpama satu pengorbanan,
Persis mutiara berharga,
Antara kita tiada rahsia,
Seandainya takdir kita bersama,
Akanku junjung amanah dariNya…

Moga hatimu tabah,
Moga jiwamu pasrah,
Aku menadah gerimis kasihmu,
Agar subur mekar bahagia selamanya…

Setiamu terungkap…
Setiamu tersingkap…
Setiamu ku dakap…
Setiamu kasih ku ucap,
TERIMA KASIH…

Rabu, 20 Mei 2009

Dj Nizar

Salam...18 mei 2009, saya dah mula pra-pratikum...saya wat kat Hospital Permai, Johor Bahru...
Banyak pengalaman baru...jumpa pelbagai pesakit...seronok dan teruja juga gembira....saya memilih hospital ini kerana saya ingin merasa bergaul dengan orang yang tidak normal....ini lebih mematangkan saya dan mendewasakan saya dan mengenali dengan lebih dekat apa yang saya pelajari selama ini...kadangkala hidup ini bercahaya dan kadangkala gelap..."Berkurun terukir sejarah alpa, manusia di hanyut indah yang fana, terlupa pada fitrah wujudnya, hanyalah ditaraf HAMBA...."Chaiyok!!!!!!jumpa lagi....Dj Nizar.

Rabu, 6 Mei 2009

Tentang Diari Hatiku

Salam...saya Nizar, 22 Tahun nak masuk 23 bln 6 ni...InsyaAllah...

Saya belajar kat USIM dalam jurusan Kaunseling....

Saya seorang yang periang, mudah mesra n kadang-kadang Kalut...

Saya mempunyai 3 Org adik beradik dan saya anak sulung....

"Kita bukan gagal tetapi belum berjaya"

NicenizaR

Selasa, 5 Mei 2009

Nizar D' Art



Nizar D' Art...

Ni kat Pulau Batu Burok, Terengganu....

Best g sini...hehehe

Macam tangkap bola...ye x?

OK, kita jumpa di Nizar D' Art 2 ek...

Byeeeeee!!!!

Cerita LAWAKINGAM!!!!!!

Haruan dan AnakSeorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebihkurang macam ni la...
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak katani.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semuatingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak diasuruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la katrumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...Haruan dan Anak Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi makbalik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapakberkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa...berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalamselimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karangaaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Bedah, tengok ni
Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dokbuang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-kononnak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok.Dia pun bukak la mata sikit.
Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Cerita LAWAKONG!!!!

Kisah tiga anak daraTersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak...Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan...Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan...Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut...Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

SeLaMaT MaLaM SEMUAAAAAAAAAA!!!!!


Salam...apa khabar semua?hehehe...hari ini hatiku berdetik kembali bila berhadapan dengan si dia yang manis ayu (Tak jumpe pun)....huhuhu...tgk gmbr je....Siang Malam Pagi Petang Cerah Dan Mendung, itu Sudah diatur oleh Yang Maha KUASA....aku mungkin mengadapNya pada waktu cerah, mendung, siang, malam dan sebagainya....Dunia hampir tiba penghujungnya...sudah banyak tanda-tanda yang berlaku dibumi ini hasil dari tangan manusia sendiri....Sedarlah wahai insan...kita hanya sementara dan sebentar disini..."Harus diingat kita hanya musafir yang didatangkan hanya sementara menghunikan alam dan pasti akan dijemput untuk pulang..."

Khamis, 30 April 2009

Nizar Melihat...

Salam...hadirku disini menyeri lagi suasana pagi yang disinari Matahari...Aku melihat diri ini indah berseri ciptaan ilahi...terima kasih Wahai Yang Maha Mengasihi...Hanya Kau Yang Berhak Disembah...Terima Kasih Ya Rabbi...DIA yang mencipta segala-galanya....

Selasa, 28 April 2009

Selamat Pagi Selasa 28 April 2009

Salam dan selamat pagi...he5...harap2 ceria-ceria selalu...lirik lagu kat bawah ni sebenarnya dari album terbaru Inteam yang berjudul Allahu Rabbi dan lirik lagu dibawa ini dicipta oleh Habsah Hassan yang didedikasikan kepada Rakyat Palestin...Hanya Takdir yang bisa membuatkan mereka berdiri semula...Wahai rakyat malaysia terutamanya Umat ISLAM, sama-samalah kita berdoa agar Rakyat Palestin akan selamat dari kekejaman yahudi....Bersatulah umat ISLAM...Semoga Rakyat Palestin Tabah menghadapinya...Wahai umat ISLAM, bangunlah...bangkitlah membantu saudara seISLAMmu..."Kita cuma insan hidup diakhir zaman, pernah kita fikir apa amalan kita di Bumi Allah ini? Fikirlah..."

Isnin, 27 April 2009

Lirik Lagu Hanya Takdir (Album Terbaru)

Hanya Takdir

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Berbunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik

Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Lagu: Shamir Supaat & Azman Kasim
Lirik: Habsah Hassan

Neezar


Carilah Kebaikan INSAN


Salam...bertemu kembali...hidup ini hanya sementara dan sekejap...carilah yang baik2 terhadap manusia..."Rahsia hati seseorang itu adalah sedalam sebuah lautan yang luas, terokai dan carilah ia..."

Khamis, 23 April 2009

Cerita Alam Ini...

Salam...kadangkala hidup ini ceria, adakala hidup ini hampa dan duka, hidup ini bukannya lama dan kekal abadi...ingatlah, hidup perlukan jihad dan amal yang berguna untuk dibawa pergi ke daerah "sana"....teman, sahabat dan kawan, "Allahu Rabbi berkuasa terhadap sesuatu...DIA mempunyai Asma' Allah iaitu 99 Nama ALLAH...Maha suci Allah...imam kita hanyalah Dia Muhammad kerana syafaat baginda yang kita perlukan di Hari Akhirat kelak...kasih sayang anugerah dari ilahi dan hanya takdir yang bisa meleraikan segala-galanya...peliharalah kemuliaan Al-Quran kerana ia akan memberi pertolongan kepada sesiapa yang membacanya dan itulah kepastian dan janji dari Allah...segala apa yang berlaku redhalah ia berlalu..." Inilah lumrah hidup sebagai seorang insan bernama manusia...Janji Allah itu pasti berlaku...

Satu Era

PENA MASIH BERMATA

Bekas telapak masih jelas,
Ketika diri tekad mengalas,
Azam dan cita sebagai tugas,
Masih segar masih bertunas,

Ketika pena masih bermata,
Ingin ku coret selafaz kata,
Terima kasih atas segalanya,
Jasamu sungguh berharaga,
Pengorbananmu setia bermakna,

Ketika pena masih bermata,
Ku nukilkan sebuah puisi indah,
Ku tuliskan sebaris kata bermadah,
Coretan kenangan seribu ingatan,
Membalut luka nan mendalam,
Menanti sinar menelan kabus,
Takkan ku lupa jasa baktimu…

Ketika pena masih bermata…
Ku lakar ucapan bertinta,
Terima kasih atas segalanya….

Selasa, 21 April 2009

Hadis

لَوْ تَعلَمُوْنَ مَا أَعْلَمُ لَبَكِيْتُمْ كَثِيْرًا وَلَضَحَكْتُمْ قَلِيْلاً
(رواه البخاري ومسلم)

“Kalau kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa”

NicenizaR (Senyum)

SENYUM

Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati duniamu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum dan kemesraan menguntum
Senyum kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan
NicenizaR

Isnin, 20 April 2009

Terima Kasih...

Salam...pada 18-19 april, saya mengikuti program "Kursus Motivasi Kepimpinan" sebagai Fasilitator dibawah satu syarikat konsultan iaitu IKHWAN TRAINING & RESOURCES (i-Care)...sekolah yang terlibat ialah SMK KAJANG UTAMA terdiri dari pelajar Ting. 1,2 & 3...Seronok sangat dapat bertemu dengan mereka...banyak yang dapat saya perolehi dari program tersebut...Saya doakan semoga pelajar2 SMK KAJANG UTAMA akan terus berjaya dengan lebih cemerlang di masa akan datang...Chaiyok!!!!Suka tak????SUKA....he5....by the way, thanks kepada Cikli, pian dan nik kerana sudi menjemput saya....tidak lupa pada UKM...Kolej Pendeta Za'aba....Thank a lot...

Al-Hadis


تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ دَوَاءً غَيْرَ دَاءٍ وَاحِدٍ وَهُوَ الْهَرَمُ
(رواه أحمد)
“Berubatlah kamu kerana sesungguhnya Allah Taala tidak mengadakan penyakit melainkan ia telah mengadakan baginya ubat, hanya satu penyakit yang tidak ada ubatnya iaitu usia tua”

مَثَلُ الَّذِىْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِىْ لاَيَذْكُرُهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ
(رواه البخاري)
“Bandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir seperti orang yang hidup dengan yang mati”

Ahad, 19 April 2009

Kronologi Raya Tak Jadi Dari ATRA USIM



Minggu Exam..."SaTu TrAnSfoRmasi..."

Salam...bulan ni adalah bulan yang mempunyai satu perubahan coz saya akan menghadapi Final Exam semester 6...Isnin ni bermulalah paper pertama saya iaitu kaunseling tempat kerja dan lusa kaunseling keluarga...seterusnya pada 30 April, saya ada dua paper iaitu sebelah pagi undang-undang keluarga di malaysia dan sebelah petang pula psikologi bilazim dan paper terakhir pada 4 mei 2009 kaunseling pemulihan dadah...em,tapi tak abis lagi...he5....pada 8 mei pula kami pelajar kaunseling tahun 3 akan ke PERSADA untuk menemuramah bekas penagih yang sudah pulih secara sepenuhnya untuk kami mencipta satu naratif semperna sambutan ke-10 PERSADA....selepas itu pula, pada 17 mei 2009 saya akan menjalani pra-pratikum dan saya memilih Hospital Permai, Tampoi sebagai tempat pra-pratikum saya...nape saya pilih situ???emmm...ok2, saya jawab ni....sebab saya nak merasa bagaimana suasana hendak berhadapan dengan orang yang tidak normal coz sebelum saya berada dalam suasana orang yang normal...huhuhu...so, itulah cabarannya...saya perlu tabah dan cekal untuk menghadapinya...chaiyok nizar...anda boleh!!!!JUMPA LAGI YE>>>>

Rabu, 11 Februari 2009

Ceritera Tentang Cinta

Kian bercambah,
Kian berpadu,
Kasih terlimpah,
Cinta berpadu.

Cinta berpadu,
Sayang terpahat,
Kata berlagu,
Melodi tersirat.

Secangkir kenangan,
Sekelumit impian,
Sejuta pengharapan,
Mengukir persahabatan.

Indah dihati,
Murni di iman,
Janji terpatri,
Lafaz tersimpan.

Rindu bertandang,
Kasih menjelang,
Hidup terancang,
Ummah gemilang.

Nukilan,
NicenizaR@Sastera Kreatif USIM

Rabu, 4 Februari 2009

Daku Kembali...

Salam...lama tak menaip rasanya...banyak cerita sebenarnya but nevermind...aku semakin hampir dengan graduate, bila semakin hampir tentu semakin gementar kerana banyak perkara yang aku perlu tempuh sebagai seorang kaunselor kelak...cuma, kadangkala semua ini adalah satu ujian dariNya yang mana DIA hendak kita berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya...
"setiap cabaran punyai pengorbanan yang ikhlas..."

Nukilanku,,,

BILA CINTA BERBISIK

Bila cinta berbisik,
Terpaut sayang mengukir rindu,
Indah murni berteman syahdu,
Mengamit kenangan sejernih kalbu,
Mencurah kasih di hamparan sendu,

Bila cinta berbisik,
Hadirnya indah perginya gundah,
Malam gelisah siang bertambah resah,
Tatkala ini sekeping hati berbicara,
Sekilas cinta secebis rasa,

Bila cinta berbisik,
Segalanya indah didasar hati,
Bagai sekuntum mawar mewangi,
Andai terlerai kasih yang terpatri,
Usah ditangisi takdir ilahi,

Bila cinta semakin berbisik,
Itulah cinta Yang Maha Esa,
Tenang dihati damai dijiwa,
Setitis cinta kini menjelma,
Melabuhkan sejuta bisikan cinta,
Hanya pada Yang Maha Pencipta,
Meredakan gundah hati yang terluka,

Bisikan cinta bisikan rahsia,
Menjadi sandaran cinta sejati,
Segengam cita lakaran setia,
Menyatukan jiwa dua hati..


Ikhlas dari…NicenizaR@Sastera Kreatif USIM

Jumaat, 16 Januari 2009

Salam Kembali...

Assalamualaikum w.b.t, alhamdulillah dapat juga saya menyambung taipan saya hari ini...rasa macam tak percaya pulak...he5....anyway,saya busy sekarang coz tadi baru meeting utk Kelab Sastera kreatif USIM....esok pulak ada seminar utk ahli Pendakwah Muda Malaysia USIM...hari rabu minggu depan ada perjumpaan MEGA FKP dan Perjumpaan teater utk story board Teater Muzikal Untukmu Rasullullah....insyaAllah,kami ahli ATRA akan lakukan yang terbaik....em,apa macam...busy x??...he5....
oklah,kita sambung nanti ye....bye2....
"Masih...ku biarkan masa melarikan lafaz kasihku padamu...."

Isnin, 12 Januari 2009

Bertemu Kembali...

Salam, hari ini hari isnin bersamaan 13 januari 2009...em,tak tahu nak cerita apa sebenarnya...he3...actually,saje je nak penuhkan ruang untuk blog saya ni...sedar tak sedar dah 22 tahun saya hidup kat dunia ni,banyak pengalaman pahit dan manis yang saya dapat...masa kecik,masa remaja dan remaja dewasa...hu3...begitulah sedar tak sedar saya dah 3 tahun belajar di USIM...insyaAllah lagi setahun saya akan menamatkan pengajian saya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian...emmm,semester ini saya ada pra-pratikum selama sebulan...fikir punya fikir rasanya dah tak terfikir nak wat pratikal kat mana...he3...rasa-rasanya kat hospital permai kot...he5...tapi apa-apa pun saya mesti yakin untuk berhadapan dengan masyarakat kerana saya bakal menjadi seorang kaunselor satu hari nanti InsyaAllah...AMIN...

Em,rasanya dah panjang lebar menaip...so,kita jumpa di arena taipan yang lain...InsyaAllah..."Kita bukan gagal tetapi belum berjaya"...

Sabtu, 3 Januari 2009

Perjalananku...

"in life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you need...to love you...hurt you and teach you the real meaning of life"