Khamis, 30 April 2009

Nizar Melihat...

Salam...hadirku disini menyeri lagi suasana pagi yang disinari Matahari...Aku melihat diri ini indah berseri ciptaan ilahi...terima kasih Wahai Yang Maha Mengasihi...Hanya Kau Yang Berhak Disembah...Terima Kasih Ya Rabbi...DIA yang mencipta segala-galanya....

Selasa, 28 April 2009

Selamat Pagi Selasa 28 April 2009

Salam dan selamat pagi...he5...harap2 ceria-ceria selalu...lirik lagu kat bawah ni sebenarnya dari album terbaru Inteam yang berjudul Allahu Rabbi dan lirik lagu dibawa ini dicipta oleh Habsah Hassan yang didedikasikan kepada Rakyat Palestin...Hanya Takdir yang bisa membuatkan mereka berdiri semula...Wahai rakyat malaysia terutamanya Umat ISLAM, sama-samalah kita berdoa agar Rakyat Palestin akan selamat dari kekejaman yahudi....Bersatulah umat ISLAM...Semoga Rakyat Palestin Tabah menghadapinya...Wahai umat ISLAM, bangunlah...bangkitlah membantu saudara seISLAMmu..."Kita cuma insan hidup diakhir zaman, pernah kita fikir apa amalan kita di Bumi Allah ini? Fikirlah..."

Isnin, 27 April 2009

Lirik Lagu Hanya Takdir (Album Terbaru)

Hanya Takdir

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Berbunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik

Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Lagu: Shamir Supaat & Azman Kasim
Lirik: Habsah Hassan

Neezar


Carilah Kebaikan INSAN


Salam...bertemu kembali...hidup ini hanya sementara dan sekejap...carilah yang baik2 terhadap manusia..."Rahsia hati seseorang itu adalah sedalam sebuah lautan yang luas, terokai dan carilah ia..."

Khamis, 23 April 2009

Cerita Alam Ini...

Salam...kadangkala hidup ini ceria, adakala hidup ini hampa dan duka, hidup ini bukannya lama dan kekal abadi...ingatlah, hidup perlukan jihad dan amal yang berguna untuk dibawa pergi ke daerah "sana"....teman, sahabat dan kawan, "Allahu Rabbi berkuasa terhadap sesuatu...DIA mempunyai Asma' Allah iaitu 99 Nama ALLAH...Maha suci Allah...imam kita hanyalah Dia Muhammad kerana syafaat baginda yang kita perlukan di Hari Akhirat kelak...kasih sayang anugerah dari ilahi dan hanya takdir yang bisa meleraikan segala-galanya...peliharalah kemuliaan Al-Quran kerana ia akan memberi pertolongan kepada sesiapa yang membacanya dan itulah kepastian dan janji dari Allah...segala apa yang berlaku redhalah ia berlalu..." Inilah lumrah hidup sebagai seorang insan bernama manusia...Janji Allah itu pasti berlaku...

Satu Era

PENA MASIH BERMATA

Bekas telapak masih jelas,
Ketika diri tekad mengalas,
Azam dan cita sebagai tugas,
Masih segar masih bertunas,

Ketika pena masih bermata,
Ingin ku coret selafaz kata,
Terima kasih atas segalanya,
Jasamu sungguh berharaga,
Pengorbananmu setia bermakna,

Ketika pena masih bermata,
Ku nukilkan sebuah puisi indah,
Ku tuliskan sebaris kata bermadah,
Coretan kenangan seribu ingatan,
Membalut luka nan mendalam,
Menanti sinar menelan kabus,
Takkan ku lupa jasa baktimu…

Ketika pena masih bermata…
Ku lakar ucapan bertinta,
Terima kasih atas segalanya….

Selasa, 21 April 2009

Hadis

لَوْ تَعلَمُوْنَ مَا أَعْلَمُ لَبَكِيْتُمْ كَثِيْرًا وَلَضَحَكْتُمْ قَلِيْلاً
(رواه البخاري ومسلم)

“Kalau kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa”

NicenizaR (Senyum)

SENYUM

Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati duniamu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum dan kemesraan menguntum
Senyum kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan
NicenizaR

Isnin, 20 April 2009

Terima Kasih...

Salam...pada 18-19 april, saya mengikuti program "Kursus Motivasi Kepimpinan" sebagai Fasilitator dibawah satu syarikat konsultan iaitu IKHWAN TRAINING & RESOURCES (i-Care)...sekolah yang terlibat ialah SMK KAJANG UTAMA terdiri dari pelajar Ting. 1,2 & 3...Seronok sangat dapat bertemu dengan mereka...banyak yang dapat saya perolehi dari program tersebut...Saya doakan semoga pelajar2 SMK KAJANG UTAMA akan terus berjaya dengan lebih cemerlang di masa akan datang...Chaiyok!!!!Suka tak????SUKA....he5....by the way, thanks kepada Cikli, pian dan nik kerana sudi menjemput saya....tidak lupa pada UKM...Kolej Pendeta Za'aba....Thank a lot...

Al-Hadis


تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ دَوَاءً غَيْرَ دَاءٍ وَاحِدٍ وَهُوَ الْهَرَمُ
(رواه أحمد)
“Berubatlah kamu kerana sesungguhnya Allah Taala tidak mengadakan penyakit melainkan ia telah mengadakan baginya ubat, hanya satu penyakit yang tidak ada ubatnya iaitu usia tua”

مَثَلُ الَّذِىْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِىْ لاَيَذْكُرُهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ
(رواه البخاري)
“Bandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir seperti orang yang hidup dengan yang mati”

Ahad, 19 April 2009

Kronologi Raya Tak Jadi Dari ATRA USIM



Minggu Exam..."SaTu TrAnSfoRmasi..."

Salam...bulan ni adalah bulan yang mempunyai satu perubahan coz saya akan menghadapi Final Exam semester 6...Isnin ni bermulalah paper pertama saya iaitu kaunseling tempat kerja dan lusa kaunseling keluarga...seterusnya pada 30 April, saya ada dua paper iaitu sebelah pagi undang-undang keluarga di malaysia dan sebelah petang pula psikologi bilazim dan paper terakhir pada 4 mei 2009 kaunseling pemulihan dadah...em,tapi tak abis lagi...he5....pada 8 mei pula kami pelajar kaunseling tahun 3 akan ke PERSADA untuk menemuramah bekas penagih yang sudah pulih secara sepenuhnya untuk kami mencipta satu naratif semperna sambutan ke-10 PERSADA....selepas itu pula, pada 17 mei 2009 saya akan menjalani pra-pratikum dan saya memilih Hospital Permai, Tampoi sebagai tempat pra-pratikum saya...nape saya pilih situ???emmm...ok2, saya jawab ni....sebab saya nak merasa bagaimana suasana hendak berhadapan dengan orang yang tidak normal coz sebelum saya berada dalam suasana orang yang normal...huhuhu...so, itulah cabarannya...saya perlu tabah dan cekal untuk menghadapinya...chaiyok nizar...anda boleh!!!!JUMPA LAGI YE>>>>