Rabu, 13 Ogos 2008

Rebah Dipintu Syurga

REBAH DIPINTU SYURGA

Dalam dakapan senja,
Ku masih terkulai dipelukan dosa,
Ku terus leka dan ku terus alpa,
Noda dan dosa bagaikan tiada noktahnya,
Ku hanyut di layarkan keindahan dunia,
Bagaikan mati hidup semula,
Bagaikan dunia tiada penghujungnya,
Sedangkan dunia hanya sementara,
Akhirat jua yang kekal selamanya,

Perjalananku tidak bernilai,
Kehidupanku tiada bertepi,
Aku masih dibuai mimpi,
Mimpi yang ngeri,
Ku turutkan imanku kepada nafsu,
Ku sandarkan jiwaku kepada hidupku,
Aku semakin hilang arah,
Aku semakin parah,

Tika suria memancar sinarnya,
Aku masih terlena dipelukan dosa,
Ku lakarkan taubatku ini,
Di hamparan cintaMu yang indah,
Ku menanti panggilanMu,
Ku menunggu seruanMu,
Secangkir kasihMu aku inginkan,
Bagi memohon secebis doa,
Semoga kau dengar rintihan ini,
Andai aku rebah,
Izinkan aku rebah dipintu syurgaMu…


NUKILAN,
KHAIRULNIZA MOHD SALLEH@NicenizaR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


NICENIZARtm

Tiada ulasan: