Selasa, 23 September 2008

Dedikasi khas buat Nai...

Dalam derita, aku bicara
Dalam duka, aku menyapa
Dalam gembira, aku ketawa
Dalam lara, aku terseksa

Aku mengerti dalam cinta
Aku fahami dalam makna
Aku sedari dalam hampa
Aku bersaksi dalam cerita

Kerana CINTA tak pernah hilang
kerana makna tak pernah padam
Kerana hampa itu ketentuan
Kerana saksi itu perjanjian

Derita itu ujian
Duka itu kekuatan
Gembira itu keriangan
Lara itu kesengsaraan

Namun ujian tak pernah hilang
Kerna itu sebagai cubaan
Walau gugur seribu bintang
Teguh berdiri menjunjung awan

Suatu hari pasti menjelma
Tidak berkata tiada bicara
Hanya amalan mampu bersuara
Di hadapan Tuhan Yang Maha Esa...

NicenizaR...

Tiada ulasan: