Khamis, 27 November 2008

JAWA n CERMIN



Salam...kacak x??apa,tak????%%%memang pun tapi manis tetap adakan....he5....

Khas Buatmu...Inilah Kisahnya...

Engkau yang bernama SITI

Tika hatiku buntu mencari,
Kau hadir menanti di ruang hati,
Kau temani jiwaku yang sepi,
Sepi dari cinta insani,
Dirimu mestika merantai hati,

Bersamamu indah damai tercipta,
Rindukan detik manis bersua,
Tawamu penyeri pengubat duka,
Dikaulah penyejuk dimata,
Penawar rindu yang lara,

Kata-katamu penguat diri ini,
Janjimu tersemat segengam bukti,
Diriku menanti terus menanti,
Walau benci hadir menyusuri,
Takkan ku lupa cinta yang bersemi,

Namun TUHAN lebih mengerti,
Diriku bukan milikmu lagi,
Walau hingga akhir nanti,
Cintaku kukuh terpahat dihati,
Engkau yang bernama SITI…


NicenizaR

Sabtu, 22 November 2008

Takyin Kenangan

TAKYIN KENANGAN

Tersurat sudah rindu semalam,
Terungkai bersama secangkir harapan,
Ingatan menjelma seikhlas pandangan,
Takkan luput ditelan zaman,
Takkan hilang dari genggaman,

Kenangan,
Kembali segar dipangkuan diri,
Fikiran melayang menyentuh naluri,
Persahabatan terjalin memahat memori,
Terpancar sinar indah berseri,

Kini harapan terus membara,
Mengejar cita ke puncak jaya,
Mengharap hanya pada Yang Esa,
Pasti hadir kejayaan dijiwa,
Merentas masa seiring usia,

Walau luput kenangan lalu,
Walau hilang sejuta rindu,
Akanku ukir tanpa jemu,
Akanku cari sehingga ku temu,
Jawapan rindu di dalam kalbu,

Takyin kenangan kini berbicara,
Menghapus segala duka lara,
Doa teriring bersama mendamba,
Menanti terbit mentari jiwa,
Melenyapkan gundah hati yang teluka,

Jika terkenang wajah tersayang,
Pasti itu takyin kenangan….


Sentuhan Rasa,
NicenizaRTM

Rabu, 22 Oktober 2008

Sayu Terhenti Sebak Menanti

Kadang-kadang itu dugaan
Kadang-kadang itu cubaan
Kadang-kadang itu ujian
Kadang-kadang itu perjalanan

Inilah sebuah pengharapan
Inilah sebuah pengorbanan
Inilah sebuah perjanjian
Inilah sebuah penyaksian

Lama menunggu tiada bertamu
Lama merindu tiada jemu
Lama mencari belum ditemui
Lama mendamba kini kembali

Senyum berbisik didasar hati
Tawa terukir hamparan destinasi
Sayu Terhenti Sebak Menanti
Gusar semua hanya illusi...

Isnin, 20 Oktober 2008

Nizar 'n' Ustaz Akhil Hayy

Salam,ni gambar saya n Ustaz Akhil Hayy kat USIM...Baru abis show kat DKP3...

Khamis, 16 Oktober 2008

Smile!!!



Salam...Hai,bertemu kita sekali lagi..hu3...semalam kat Universiti saya ada "Sanggar Puisi Antarabangsa Nur Fitri 1429 h...best tau...rugi tak datang...Ada Ust Akhil Hayy...saya sempat bergambar dengan dia...dapatlah ambik 2,3 gambar dengan dia...hu3...saya semalam berlakon bersama-sama kumpulan ATRA USIM lebih kurang macam "DEKON"....dapatlah gelak dari penonton dan puas hati coz dapat gembirakan penonton...ok,jumpa lagi...

Raya 2008 D Muar

Salam, gambar family saya dekat tanjung agas, Muar...Merah tak???hu3...bukan marah tapi berani...huhuhuhu

Selasa, 23 September 2008

Dedikasi khas buat Nai...

Dalam derita, aku bicara
Dalam duka, aku menyapa
Dalam gembira, aku ketawa
Dalam lara, aku terseksa

Aku mengerti dalam cinta
Aku fahami dalam makna
Aku sedari dalam hampa
Aku bersaksi dalam cerita

Kerana CINTA tak pernah hilang
kerana makna tak pernah padam
Kerana hampa itu ketentuan
Kerana saksi itu perjanjian

Derita itu ujian
Duka itu kekuatan
Gembira itu keriangan
Lara itu kesengsaraan

Namun ujian tak pernah hilang
Kerna itu sebagai cubaan
Walau gugur seribu bintang
Teguh berdiri menjunjung awan

Suatu hari pasti menjelma
Tidak berkata tiada bicara
Hanya amalan mampu bersuara
Di hadapan Tuhan Yang Maha Esa...

NicenizaR...

Isnin, 15 September 2008

Damai Abadi

salam...khamis lalu sejenak hatiku sebak dan pilu kerna nenek kesayanganku telah kembali kerahmatullah pada tepat jam 5.00 pagi...aku mendapat tahu berita nenek ku dalam keadaan tenat pada hari rabu...sewaktu itu aku sedang menghadiri mesyuarat tentang program hari kerjaya dan bengkel pengujian psikologi dalam kaunseling...tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari mak aku menyatakan nenek ku tenat...sedih rasanya...apa-apa pun semoga roh nenekku berada dalam keadaan aman dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh...amin...

Rabu, 3 September 2008

Semalam Hari ini ku...

Assalamualaikum...hari ini adalah hari ketiga umat islam berpuasa dan malam keempat terawih di Masjid, di surau dan di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...kadang-kadang terlupa jugak hari ni hari rabu...em,biasalah busylah katakan...pada hari khamis lepas saya pulang ke JB kerana nak berbuka puasa bersama-sama keluarga...berita yang kurang menggembirakan iaitu nenek saya sakit dan terpaksa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah...Hospital Besar Muar...so, puasa pertama aku berbuka di hospital...ish3,best tau buka kat hospital...tak percaya cubalah sendiri...oklah berjumpa di lain masa dan waktu tapi di tempat yang sama..."NicenizaR"
"Perit jerih yang membakar diriku,
susah dan payah bertandang bertalu,
demi memilikimu suatu pengorbanan
pada apa yang aku termampu...
ku pasrah ini anugerah ilahi,
menguji ketabahan lara jiwa,
tak putusku berdoa demi masa depanku
tidak mungkin aku akan berpaling...
di sini ku petik kerdipan harapan,
kini jadi api sinaran mentari,
semoga cahyanya menjadi naungan
seribu tahun lagi...."
Jumpa Lagi...